Posted on February 25th, 2010 by chronic

Maulidur Rasul (bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.Jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Categorized under :Uncategorized
Posted on February 24th, 2010 by chronic
Categorized under :Pemberitahuan
Posted on February 24th, 2010 by chronic
slm,.hari2 telah berlalu kini kita memasuki tahun 2010,.setelah skian lama bertugas di sekolah sekolah masing2 byk ilmu yg di pelajari byk pengalaman yg berharga ditempuhi,.tahniah kepada ft2 daerah beaufort khususnya kerana masih bertahan dlm melakukan pkerjaan seharian,.dalam tahun ni kta sharusnya berazam agar ft2 daerah ini menjadi contoh dari berbagai aspek utk memantapkan lg jawatan ini,.kata2 akhir dari saya,.selamat bertugas dalam tahun 2010,.salam
Categorized under :Pemberitahuan
Posted on November 26th, 2009 by chronic
Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan kepada semua ft2 yang beragama islam seluruh sabah khususnya di daerah Beaufort,

Hari Raya Haji merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri.Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan sebagainya yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Categorized under :Pemberitahuan
Posted on November 23rd, 2009 by chronic

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada ft SK Pekan Beaufort Mohd.Syarif a.k.a Cucumber dengan pasangan cik farahdilla yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Disember 2009,perkahwinan ini akan dilangsungkan di kediaman pengantin wanita bertempat di Kg,Selagon Bukit,Beaufort.Saya wakil FT Daerah Beaufort mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,.
Categorized under :Pemberitahuan